Silakan Follow !!

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Selasa, 6 Julai 2010

Pokok bunga beracun dirumah anda


Sila
perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak
dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda
menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak
kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini
ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.



Pokok
hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian
sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh
membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa
pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya
racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk
ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak
yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak
tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak
diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan
apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta
merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana
tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara
mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok
ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai
pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan
Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau
selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila
maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan
diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food
poisoning".

2 ulasan:

Sang Gabriel berkata...

tiba2 aku teringin menanam kaktus...haha

suri berkata...

uh..tak tahulah pula..hehheee..baru jer nak beragan tanam pokok ni kat umah hehehe tq kawan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails